August 16th, 2008
Jangan TERLALU memberi. Bukan maksud utk jadi seorang yg kedekut, tetapi biarlah berpada utk kita memberi apa-apa pun kepada orang lain. Kenapa mesti nak beri kasih sayang yg terlampau kat seseorang sedangkan kita takkan dapat balik perasaan tu dari orang tu. Semua orang yg melalui pengalaman begitu akan mengiyakan pendapat aku tu. Bagi orang yg baru nak hidu-hidu keharuman cinta, akan merasakan pengalaman kekecewaan itu takkan kena pada mereka. Nampak, orang yg tak pernah lalui pengalaman pahit takkan merasa hidup ni penuh dgn segala mak nenek kepayahan, kekecewaan dan kesedihan. Aku pernah cakap pada seseorang…”Bahagia hanya di syurga..” Dia gelak. Kami berdua gelak. Mungkin dia tak paham maksud tersirat aku. Tapi aku malas ulas panjang2 kat dia.
Kenapa tak boleh beri sayang 100% pada orang lain?..kerana kita tak mungkin utk dapat 100% sayang itu semula. Pengalaman sendiri, pengalaman orang di sekeliling, dan pengalaman orang2 lain membuktikan kebenaran tu. Kebenaran ni bukanlah satu fakta yg ada terdapat pada mana2 buku. pengalaman seseorang tak boleh dijadikan fakta, melainkan kalau dikaji secara saintifik menerusi data2 yg di ambil. bull****. Ok, pengalaman lah yg byk membuka kesedaran kita. Makanya, lalui lah seberapa byk sekalipun pengalaman tu. Biar banyak yg pahit, asalkan kita dapat nampak realiti hidup berdasarkan perkara2 bodoh yg pernah kita buat. Orang yg takut utk berhadapan dengan kegagalan atau kekecewaan adalah orang yg tak kuat ketabahan hatinya. Fikir2 lah sendiri yek.
Posted in Uncategorized | No Comments »
July 23rd, 2008
setelah lama berfikir, akhirnya aku kembali ke rumah sewa lama. tak jadi move out lak. bongok. padan muka. sengal. tu utk aku. tah. rasa ngok sikit skrg ni. ok kwn2, aku dah tukar no fon. aku lebih gumbira mcm tu. disebabkan oleh sorang makhluk ni, aku dengan rela hati patahkan simcard maxis aku yg aku guna selama 4 tahun tu semata2 utk larikan diri dari makhluk aneh tu. haha. g la mampos ngan suma org. jgn cari aku lagi.haha.
ok,takde yg misteri pon.cuma,nak sedapkan tajuk.
ok bye.
Posted in Uncategorized | No Comments »
June 5th, 2008
cepatnya masa berlalu. hari ni dah awal bulan 6, rasa mcm tak puas nak bercuti. hari tu aku rasa mcm nak balik melaka awal. tapi, sekarang mcm dah berubah fikiran. sepanjang awal cuti hari tu rupa2nya macam2 perkara dah berlaku. aku malas nak campur urusan diorang kat sana. bukan masalah aku langsung. tapi aku jadi tersepit.. antara kawan dan kawan. aduh. aku bakal masuk rumah sewa baru. depan rumah sewa lama je.
masalahnya sekarang, sama ada aku harus gadaikan hidup aku yg bebas, atau aku perlahankan gaya hidup aku yg bebas tu- bila masuk rumah baru. ok, aku bakal menyewa dengan makcik kepada kawan aku. adakah keputusan pindah rumah sebelum ni memberi kebaikan pada diri aku? atau aku bakal tertekan dengan kehadiran orang yg miliki 2 orang anak tu? mula2 pun aku tak ada org lain akan sewa situ jugak. ni semuanya gara2 perselisihan faham la antara kawan2 aku.
aku ni malas nak campur hal orang. tapi hal orang tu dah termasuk dlm hal aku. bagi kesan kat aku gak. tah la kan, buat mcm biasa je la kot. kalau la boleh. aku pun dah tak lama. 2 sem je lagi. pejam celik pejam celik, abih la masa aku ni.
matlamat aku sekarang nak abihkan belajar je. fokus dan terus fokus. tu je la. masalah2 kecik yg datang tu malas aku nak ambil peduli- macam sebelum ni. kan senang je tu. hehe.
Sepanjang 1 sem sebelum ni la, banyak la yg aku belajar erti hidup ni. takyah nak masuk2 hutan macam askar nak belajar erti hidup. berkawan dengan pelbagai jenis orang pun dah boleh tau ttg hidup.
aku pun dah nampak perubahan dalam diri aku. dari seorang yg baran dan emotional beralih kepada orang yg bersabar dan pandai kawal emosi. oh, aku bukan puji diri sendiri. tapi aku dah nampak perubah ketara dalam diri aku. walaupun ada juga perkara2 tak elok aku buat- keluar malam. hehe. tu adalah biasa, dan tak boleh kaitkan dengan perangai aku. hehe.
Tah la, aku gembira ngan hidup aku. seronok jalani hidup dengan kawan2. tu je la yg aku nak teruskan.
Posted in cerita² | 2 Comments »
May 25th, 2008
Minggu ni, aku alami krisis dalaman yg teruk sekali! semuanya negatif. Aku mula sedar bila aku tengok keadaan aku sekarang yg makin lemah. Yep, aku kurang makan. Tidur lambat. tu aktiviti yg kurang sihat. Ditambah pula dengan datangnya makhluk yg sebelum ini pernah bertahta dlm hati aku. Yep, makhluk yg paling aku benci sekali kerana berjaya mempermainkan perasaan aku sekali lagi. Aku paling benci orang macam tu. Sebab tu sekarang aku lebih suka bercakap perkara yg benar walaupun aku dah buat salah. Aku jujur dengan diri aku. Aku mengaku setiap kesalahan aku. Aku bercakap jujur dengan orang walaupun kata2 aku tu menyakitkan. Tu lebih baik daripada aku hipokrit depan orang. Kalau aku rasa perlu cakap..aku cakap. Aku dah berani utk kritik! Tiada selindung lagi dari mulut aku. Aku rasa tak ada sebab kenapa ada orang harus membenci aku disebabkan kelancaran mulut aku untuk berkata sesuatu.
Buat apa aku melayan perasaan sgt? Dah tentu2 aku yg sakit kan. Jujur aku cakap, aku tak boleh hidup sendirian..tanpa kawan2. Ada masa aku perlukan masa bersendirian. Tu lah aku. Tapi ruang aku untuk bersendirian sudah terlebih. Aku tak suka macam ni.
Cukup! Aku nak bersihkan balik jiwa aku yg cukup kusut ni. Aku dah banyak negatifkan diri aku. Cepat betul kesannya pada dalaman aku. Ok..cukup!
Positif…positif…aku bertukar ke arah tu.
sekian…
Posted in Uncategorized | No Comments »
May 22nd, 2008
dengarkan wahai makhluk yg rasa dirinya paling malang..
jgn risau tentang nasib kau tu..
kerana, ada orang lagi yg lebih malang dari kau.
malang..dlm suma perkara…
tak yah la sebut…tp mmg malang la.
kalo kau rasa kau bodoh satu kali…
jgn risau, ada makhluk yg bodoh 2 kali..
kalo kau rasa kau malang 3 kali..
jgn risau gak..makhluk tu malang berjuta2 kali
wahai makhluk yg rasa dirinya malang,
bersyukur la kau masih ada ruang yg tak malang..
tah la…
rasanya, aku malang dlm suma perkara.
buduh! sengal! bengong!
aku kutuk diri sendiri..
terima kasih.
Posted in Uncategorized | No Comments »